Wednesday, March 31, 2010

Ketakutan menyelubungi diri

Aku berfikir di kala sunyi
mencari ilham dan berpuisi
tatkala ku berfikir lagi
ketakutan menyelubungi diri

Ya Allah berikan aku kekuatan
untuk melawan ketakutan ini
aku tidak bersendiri
kerana-Mu sentiasa di sisi

Doa kupohon kepada-Mu
dari sudut hati yang kecil
untuk meminta pertolongan
dalam menguatkan hati

Ya Allah,
dengan ketabahan sehalus debu
aku memohon kepada-Mu
hilangkan ketakutan yang menyelubungi diriku




2 comments:

  1. wahai hati, jgn lah engkau takut,jgnlah engkau gentar.kerana allah sentiasa ada bersama kita.

    ReplyDelete