Wednesday, March 31, 2010

Ketakutan menyelubungi diri

Aku berfikir di kala sunyi
mencari ilham dan berpuisi
tatkala ku berfikir lagi
ketakutan menyelubungi diri

Ya Allah berikan aku kekuatan
untuk melawan ketakutan ini
aku tidak bersendiri
kerana-Mu sentiasa di sisi

Doa kupohon kepada-Mu
dari sudut hati yang kecil
untuk meminta pertolongan
dalam menguatkan hati

Ya Allah,
dengan ketabahan sehalus debu
aku memohon kepada-Mu
hilangkan ketakutan yang menyelubungi diriku




santapan ku di malam hari


debu putih yang suci
menjadi asas kepada diri
menjadi harapan kepada manusia
untuk semangat kembali

kelembutan manusia
menjadi keteguhan membentuk peribadi
yang dapat mencairkan
deria setiap insani

aroma mempersona menggoda hati
bak haruman hembusan kasturi
yang sentiasa kekal di hati
menjadi peneman di kala sepi

semua itu adalah asas
dan bahan membuat roti.



Teh o Ais



Di tengahari yang panas
minda berpusing-pusing
mencari kesejukan yang unik
berada di sekitar

bermula dengan bekas yang kosong
dibubuh serbuk ajaib penuh auranya
dicampur dengan hujan rahmat
dengan perasa yang amat mempersona

oh!!! teh o ais rupanya
kesejukan yang unik
menjadi penawar dahaga
melawan kepanasan yang menimpa

Dingin selepas hujan



Rintik-rintik hujan
sedikit demi sedikit
membasahi bumi bertuah

air mata langit
turun dengan keberkatan
memberi kerahmatan seluruh alam

rintik-rintik hujan
turun dengan kedinginan
menyelubungi diri
untuk mencari kehangatan

kedinginan bak bayu lautan
yang ditolak tarik
oleh angin yang bertiupan
menjadi dingin selepas hujan

khilaf menjadi pedoman

khilaf sering berlaku
tidak kira muda ataupun tua
khilaf sering berlaku
dalam sedar ataupun tidak

manusia sering alpa
dengan kemewahan dunia
manusia sering alpa
dengan dunia yang sementara

bila khilaf sudah berlaku
barulah pedoman muncul tiba
inilah sikap manusia
tidak peka dengan sikapnya

bila pedoman sudah sebati
diri manusia kembali alpa
khilaf berlaku lagi sekali
perubahan hanya berlaku sementara

di manakah pendirian diri
khilaf tidak akan diulang lagi
pedoman sentiasa di dalam hati
khilaf menjadi pedoman yang sejati



Tuesday, March 30, 2010

Pagi yang indah

Syukur kehadrat mu Ilahi
Dikurniakan lagi satu hari
Untuk aku berbakti kepada diri

Pagi yang indah dimulai
dengan harapan yang tinggi
untuk menghadapi hari-hari
dengan tabah dan berani

Pagi yang indah sangat bererti
bila dimulai dengan hati yang suci

Aku adalah hamba-Nya

Aku sudah mengerti
diriku adalah hamba-Nya
aku diciptakan oleh-Nya

Ya Allah,
aku amat bersyukur ke hadrat Mu Ilahi
ujian-Mu amat berharga kepada ku
ujian-Mu mengingatkan siapa diriku

moga hari-hari esokku
diberkati-Mu Ya Allah
kerana aku sudah mengerti
aku adlah hamba-Mu


Siapa diriku

Aku mencari siapa diriku
siapa yang boleh membantu
siapakah diriku
tolonglah aku mencari siapa diriku

Ya Allah, siapakah diriku
siapakah aku di sisi-Mu
aku ingin mencari siapa diriku
ada sesiapa mahu membantu??