Friday, November 5, 2010

kemaafan dipinta

Minta maaf kepada semua.. blog ni sedang dikemaskini.. mgkin nmpk agak berserabut ye...

Sunday, May 30, 2010

mengapa

Mengapa mengharap?
Jika ia hanya khayalan
Mengapa berani melafaz ?
Jika hanya berani untuk mengingkar
Mengapa ia berlaku?
Jika hati tidak mahu
Mengapa gembira?
Jika hati masih berduka
Mengapa bersedih?
Jika diri rasa tersisih
Mengapa berCINTA????
Jika hanya cuba untuk bersenda
Mengapa,mengapa dan mengapa?

Menjawab dengan hati, terseksalah diri,
Menjawab dengan akal fikiran, akan terserlah segala isi hati
mengapa tidak akan menjadi persoalan lagi

Friday, May 7, 2010

hatiku kian pulih

senyumanku
kian terukir
menjadi tanda
diriku lepas dari belenggu

aku berlari-lari
pergi mencari
kedamaian diri
agar sepi hilang dihati

sinar sang suria
menyinari jiwa dan ragaku
memberi harapan yang tulus
untuk aku terus hidup

hatiku kian pulih
dengan senyuman yang terukir
memberi aku kekuatan
berdiri di atas pelayaran

pelayaran hidupku
masih jauh dan luas
memerlukan ketabahan
untuk meniti ombak dan badai

kini
hatiku kian pulih
dalam meniti
laut yang bergelora

Tuesday, May 4, 2010

Hatiku menangis

hari-hari aku bersendiri
mencari mana silapku
permulaan segala yang berlaku
pada diriku

semuanya bermula
adalah silapku
semua yang bermula
adalah dariku

aku buntu aku kelu
diri ini terasa bodoh
hilang pertimbangan
diatas khilaf sendiri

hatiku menangis
merintih perkara yang berlaku
hatiku berdegup laju
tubuhku menggigil kaku

Saturday, April 24, 2010

kekosongan jiwa

minda berputar-putar
berfikir mengenai diri
mengawal segala emosi
yang melanda sanubari

hati bagaikan kaca
luarnya tampak gagah
dalamnya rapuh berduka
menghadapi segala lara

kekosongan melanda jiwaku
bergetar hati yang kecil ini
pabila memikirkan sesuatu
yang amat berharga

kenapa ia berlaku
kosong yang terlalu
memeritkan, memedihkan
untuk aku lalui

dimana perlu cari
kekuatan diri
agar kuat untuk berdiri
dan mencari

kekosongan jiwa yang melanda diri

Wednesday, April 21, 2010

hati yang gusar

aku gusar
aku gelisah
jiwa berkocak
bagai lautan pemisah

degupan nadi-nadi ku
terasa setiap jasad
hatiku bagai disiat
dirobek dan dikoyak

kakiku hilang kudrat
untuk kuat
melawan segala gusar
yang melanda jiwa

Thursday, April 15, 2010

Abah+Ayah+Papa=Insan istimewa


Abah
kasih sayangmu
tidak berbelah bagi
dalam memberi didikan
dengan penuh dedikasi

Ayah
masa mu penuh bererti
menemaniku setiap waktu
melayani kerenah ku
dengan sepenuh hati

Papa
kau berkorban
keringat dan waktu
mencari rezeki untuk ku
memenuhi kehendakku

Abah, ayah ataupun papa
ia panggilan yang bermakna
mempunyai erti yang sama
kepada semua manusia

tidak kira panggilan apa
tetapi pengorbanan yang dikira
bakti jasamu tidak terhingga
sehingga hujung nyawa

Wednesday, April 14, 2010

teropong kecilku



teropong kecil
ku bawa kau
ke sana ke mari

terpong kecilku
pelbagai bentuk rupamu
mengikut bentuk rupaku
agar kita sehati sejiwa

teropong kecil ku
kau memberi ku sinar
agar bisa melihat
dengan keindahan dunia

teropong kecil ku
tanpamu
mungkin diriku berada sudut
tanpa cahaya

terima kasih teropong kecil..


Monday, April 12, 2010

Pensel Kayu


kayu menjadi tiang diriku
keteguhannya yang jitu
sentiasa menjadi pegangan hidup
untuk mengharungi liku

wujud diriku amat bererti
kepada si penulis puisi
menjadi peneman di kala sunyi
mencoret karya-karya seni

keringatku amat bernilai
walau dipadam ditulis semula
sentiasa terpahat di kertas hampar
menjadi luahan sang manusia

diriku kian dilupai
hasil permodenan hari ini
begitulah nasib diri ini
pensel kayu sentiasa di hati







Saturday, April 10, 2010

Rumput hijau




ke kiri ke kanan

helaianmu lembut

sahut-menyahut

sang angin menghembus


kau diwarnai dengan

warna ketenangan

warna kedamaian

penyejuk hati setiap insan


oh! sang suria

kau menjadi peneman

oh! sang hujan

kau menjadi harapan


wahai rumput hijau

kau memberi ketenangan

kepada sang pencari ilham

Monday, April 5, 2010

kesabaran memuncak

sabar itu iman

iman menjadi pedoman

pedoman menentukan kejayaan


bila sabar dicabar

banyak perkara boleh berubah

sehingga manusia menjadi marah


di mana akal manusia

orang lemah dilemahkan

orang hebat di diperhebatkan


kesabaranku tergugat

apabila kelemahanku dicerca

walaupun tanpa niat

hatiku rasa disiat


kesabaran memuncak

hari-hariku kian muram

dengan sikap-sikap manusia

yang fikir dirinya hebat

Maaf kerana berdusta

antara benar atau pun tidak
telah kau pergi dari hidupku
pergi jauh bersama pilu

hati ini merintih pilu
bila teringat kenangan lalu
dan membuat ku semakin rindu

aku telah berdusta
berdusta kepada diriku
yang tidak kuat
menerima hakikat itu

aku berdusta
berdusta lagi dan lagi
menutup hakikat sebenar
apa yang terjadi

maaf kerana berdusta
walau kiranya
engkau tidak mendengar

Friday, April 2, 2010

minit-minit akhirku

hari berganti hari
waktu demi waktu
ku mengharungi penuh liku

ketabahan dan kekuatan
menemaniku setiap waktu
tanpa pernah jemu

jari jemariku
letih membantu
minda ku bagai pecah seribu

itulah diriku
melakukan tugasan tanpa jemu
di dalam minit-minit akhirku

Thursday, April 1, 2010

kemarahan mempengaruhi minda

hilang ketenangan
hilang kesabaran
hilang kedamaian
bila kemarahan dicetuskan

marah ialah perasaan
bila ia datang menjelma
sukar untuk dikawal
minda hilang pertimbangan

ia datang tidak dijemput
kedatangannya menghancurkan
segala kegembiraan
dan kebahagiaan

minda perlu pandai mengawalnya
jika tidak akan merana apabila
kemarahan mempengaruhi minda


hilang bersama angin

datang seperti yang dirancang
membawa kegembiraan
pada masa akan datang

datang seperti yang dirancang
bakal mengubah
kegembiraan seseorang

tapi kenapa ia berlaku
tiba-tiba hilang bersama angin
membawa harapan ku


Wednesday, March 31, 2010

Ketakutan menyelubungi diri

Aku berfikir di kala sunyi
mencari ilham dan berpuisi
tatkala ku berfikir lagi
ketakutan menyelubungi diri

Ya Allah berikan aku kekuatan
untuk melawan ketakutan ini
aku tidak bersendiri
kerana-Mu sentiasa di sisi

Doa kupohon kepada-Mu
dari sudut hati yang kecil
untuk meminta pertolongan
dalam menguatkan hati

Ya Allah,
dengan ketabahan sehalus debu
aku memohon kepada-Mu
hilangkan ketakutan yang menyelubungi diriku




santapan ku di malam hari


debu putih yang suci
menjadi asas kepada diri
menjadi harapan kepada manusia
untuk semangat kembali

kelembutan manusia
menjadi keteguhan membentuk peribadi
yang dapat mencairkan
deria setiap insani

aroma mempersona menggoda hati
bak haruman hembusan kasturi
yang sentiasa kekal di hati
menjadi peneman di kala sepi

semua itu adalah asas
dan bahan membuat roti.



Teh o Ais



Di tengahari yang panas
minda berpusing-pusing
mencari kesejukan yang unik
berada di sekitar

bermula dengan bekas yang kosong
dibubuh serbuk ajaib penuh auranya
dicampur dengan hujan rahmat
dengan perasa yang amat mempersona

oh!!! teh o ais rupanya
kesejukan yang unik
menjadi penawar dahaga
melawan kepanasan yang menimpa

Dingin selepas hujan



Rintik-rintik hujan
sedikit demi sedikit
membasahi bumi bertuah

air mata langit
turun dengan keberkatan
memberi kerahmatan seluruh alam

rintik-rintik hujan
turun dengan kedinginan
menyelubungi diri
untuk mencari kehangatan

kedinginan bak bayu lautan
yang ditolak tarik
oleh angin yang bertiupan
menjadi dingin selepas hujan

khilaf menjadi pedoman

khilaf sering berlaku
tidak kira muda ataupun tua
khilaf sering berlaku
dalam sedar ataupun tidak

manusia sering alpa
dengan kemewahan dunia
manusia sering alpa
dengan dunia yang sementara

bila khilaf sudah berlaku
barulah pedoman muncul tiba
inilah sikap manusia
tidak peka dengan sikapnya

bila pedoman sudah sebati
diri manusia kembali alpa
khilaf berlaku lagi sekali
perubahan hanya berlaku sementara

di manakah pendirian diri
khilaf tidak akan diulang lagi
pedoman sentiasa di dalam hati
khilaf menjadi pedoman yang sejati



Tuesday, March 30, 2010

Pagi yang indah

Syukur kehadrat mu Ilahi
Dikurniakan lagi satu hari
Untuk aku berbakti kepada diri

Pagi yang indah dimulai
dengan harapan yang tinggi
untuk menghadapi hari-hari
dengan tabah dan berani

Pagi yang indah sangat bererti
bila dimulai dengan hati yang suci

Aku adalah hamba-Nya

Aku sudah mengerti
diriku adalah hamba-Nya
aku diciptakan oleh-Nya

Ya Allah,
aku amat bersyukur ke hadrat Mu Ilahi
ujian-Mu amat berharga kepada ku
ujian-Mu mengingatkan siapa diriku

moga hari-hari esokku
diberkati-Mu Ya Allah
kerana aku sudah mengerti
aku adlah hamba-Mu


Siapa diriku

Aku mencari siapa diriku
siapa yang boleh membantu
siapakah diriku
tolonglah aku mencari siapa diriku

Ya Allah, siapakah diriku
siapakah aku di sisi-Mu
aku ingin mencari siapa diriku
ada sesiapa mahu membantu??