Saturday, April 24, 2010

kekosongan jiwa

minda berputar-putar
berfikir mengenai diri
mengawal segala emosi
yang melanda sanubari

hati bagaikan kaca
luarnya tampak gagah
dalamnya rapuh berduka
menghadapi segala lara

kekosongan melanda jiwaku
bergetar hati yang kecil ini
pabila memikirkan sesuatu
yang amat berharga

kenapa ia berlaku
kosong yang terlalu
memeritkan, memedihkan
untuk aku lalui

dimana perlu cari
kekuatan diri
agar kuat untuk berdiri
dan mencari

kekosongan jiwa yang melanda diri

Wednesday, April 21, 2010

hati yang gusar

aku gusar
aku gelisah
jiwa berkocak
bagai lautan pemisah

degupan nadi-nadi ku
terasa setiap jasad
hatiku bagai disiat
dirobek dan dikoyak

kakiku hilang kudrat
untuk kuat
melawan segala gusar
yang melanda jiwa

Thursday, April 15, 2010

Abah+Ayah+Papa=Insan istimewa


Abah
kasih sayangmu
tidak berbelah bagi
dalam memberi didikan
dengan penuh dedikasi

Ayah
masa mu penuh bererti
menemaniku setiap waktu
melayani kerenah ku
dengan sepenuh hati

Papa
kau berkorban
keringat dan waktu
mencari rezeki untuk ku
memenuhi kehendakku

Abah, ayah ataupun papa
ia panggilan yang bermakna
mempunyai erti yang sama
kepada semua manusia

tidak kira panggilan apa
tetapi pengorbanan yang dikira
bakti jasamu tidak terhingga
sehingga hujung nyawa

Wednesday, April 14, 2010

teropong kecilku



teropong kecil
ku bawa kau
ke sana ke mari

terpong kecilku
pelbagai bentuk rupamu
mengikut bentuk rupaku
agar kita sehati sejiwa

teropong kecil ku
kau memberi ku sinar
agar bisa melihat
dengan keindahan dunia

teropong kecil ku
tanpamu
mungkin diriku berada sudut
tanpa cahaya

terima kasih teropong kecil..


Monday, April 12, 2010

Pensel Kayu


kayu menjadi tiang diriku
keteguhannya yang jitu
sentiasa menjadi pegangan hidup
untuk mengharungi liku

wujud diriku amat bererti
kepada si penulis puisi
menjadi peneman di kala sunyi
mencoret karya-karya seni

keringatku amat bernilai
walau dipadam ditulis semula
sentiasa terpahat di kertas hampar
menjadi luahan sang manusia

diriku kian dilupai
hasil permodenan hari ini
begitulah nasib diri ini
pensel kayu sentiasa di hati







Saturday, April 10, 2010

Rumput hijau




ke kiri ke kanan

helaianmu lembut

sahut-menyahut

sang angin menghembus


kau diwarnai dengan

warna ketenangan

warna kedamaian

penyejuk hati setiap insan


oh! sang suria

kau menjadi peneman

oh! sang hujan

kau menjadi harapan


wahai rumput hijau

kau memberi ketenangan

kepada sang pencari ilham

Monday, April 5, 2010

kesabaran memuncak

sabar itu iman

iman menjadi pedoman

pedoman menentukan kejayaan


bila sabar dicabar

banyak perkara boleh berubah

sehingga manusia menjadi marah


di mana akal manusia

orang lemah dilemahkan

orang hebat di diperhebatkan


kesabaranku tergugat

apabila kelemahanku dicerca

walaupun tanpa niat

hatiku rasa disiat


kesabaran memuncak

hari-hariku kian muram

dengan sikap-sikap manusia

yang fikir dirinya hebat

Maaf kerana berdusta

antara benar atau pun tidak
telah kau pergi dari hidupku
pergi jauh bersama pilu

hati ini merintih pilu
bila teringat kenangan lalu
dan membuat ku semakin rindu

aku telah berdusta
berdusta kepada diriku
yang tidak kuat
menerima hakikat itu

aku berdusta
berdusta lagi dan lagi
menutup hakikat sebenar
apa yang terjadi

maaf kerana berdusta
walau kiranya
engkau tidak mendengar

Friday, April 2, 2010

minit-minit akhirku

hari berganti hari
waktu demi waktu
ku mengharungi penuh liku

ketabahan dan kekuatan
menemaniku setiap waktu
tanpa pernah jemu

jari jemariku
letih membantu
minda ku bagai pecah seribu

itulah diriku
melakukan tugasan tanpa jemu
di dalam minit-minit akhirku

Thursday, April 1, 2010

kemarahan mempengaruhi minda

hilang ketenangan
hilang kesabaran
hilang kedamaian
bila kemarahan dicetuskan

marah ialah perasaan
bila ia datang menjelma
sukar untuk dikawal
minda hilang pertimbangan

ia datang tidak dijemput
kedatangannya menghancurkan
segala kegembiraan
dan kebahagiaan

minda perlu pandai mengawalnya
jika tidak akan merana apabila
kemarahan mempengaruhi minda


hilang bersama angin

datang seperti yang dirancang
membawa kegembiraan
pada masa akan datang

datang seperti yang dirancang
bakal mengubah
kegembiraan seseorang

tapi kenapa ia berlaku
tiba-tiba hilang bersama angin
membawa harapan ku